Monday, October 6, 2008
Hari Raya Di SMK Belawai
Semua kakitangan dan para pelajar SMK Belawai menyambut Hari Raya pada hari yang KeEnam di mana semua berpakaian warna-warni sempena Aidilfitri. Sungguh meriah apabila para guru berarak dari satu kelas ke satu kelas untuk beraya dengan pelajar, bermacam kuih dan juadah hari raya di sediakan oleh kelas masing-masing...sangat 'happening'lah dengan lagu hari raya berkumandang suasana yang sangat harmoni dan warna warni...gambar di atas adalah beberapa gambar yang sempat di 'upload' kan. Selamat Hari Raya untuk semua..Salam aidilfitri Maaf Zahir Batin..
Friday, September 19, 2008
Karya Pelukis Malaysia
Abdullah Ariff (1904-1962)
Dilahirkan pada tahun 1904 di Pulau Pinang. Beliau pernah menjadi guru seni lukis di Sekolah Anglo-Chinese dan Sekolah Penang Free, Pulau Pinang. Beliau diterima sebagai guru dalam kumpulan 'Penang Impressionist'. Karya - karya beliau dikagumi oleh orang british pada ketika itu. diantara karya-karya beliau yang terkenal seperti 'Bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya(1960) Coconut Plantation-Dawn(1948)' dan lain-lain lagi, karya-karya beliau sehingga hari ini masih dikagumi dan banyak digunakan sebagai rujukan pelukis-pelukis muda yang ingin mendalami seni catan air, Abdullah Ariff pada zamannya banyak menghasilkan catan air yang bertemakan lanskap tanahair...dan cuba menggambarkan suasana tempatan yang damai. Beliau bersama-sama Yong Mun Sen seorang lagi tokoh pelukis awal malaysia memajukan bidang seni lukis di Pulau Pinang. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1945 dan bekerja sebagai pelukis kartun di akhbar 'The Straits Echo'. Kini karya-karya beliau masih disimpan sebagai himpunan koleksi tetap Balai Seni Lukis Negara.
Amron Omar, satu lagi nama yang tidak asing dalam dunia seni tanahair...beliau yang terkenal dengan karya-karya figura yang realistik dan hebat...melanjutkan pengajian di Institut Teknologi Mara, Amron Omar merupakan salah seorang pelukis figura yang terbaik di asia...kebanyakan karya-karya beliau menggunaka bahan cat minyak di atas permukaan kanvas.Karya figuranya yang amat teliti sering menarik perhatian sehinggakan ada cerita-cerita mistik yang dikaitkan dengan karya beliau seperti ada yang pernah melihat lukisan figuranya seperti bernyawa dan hidup pada waktu malam...karya belau yang terkenal adalah seperti 'pertarungan' dimana memaparkan 2 figura lelaki yang sedang bersilat cukup lengkap sifat manusianya sehinggakan menampakkan otot-otot serta pergerakan anggota yang jelas...satu lagi karya beliau yang menjadi simpanan tetap Balai Seni Lukis Negara ialah karya yang bertajuk 'Potret Diri' yang menggunakan cat minyak di atas kanvas menggambarkan seorang pemuda yang tidak berbaju dan hanya memakai kain pelekat sedang duduk di atas kerusi rehat rotan.
Catan 'Potret Diri' adalah catan realisme yang dihasilkan dengan begitu teliti dari segi pewarnaan, kadar banding dan pencahayaan yang baik. Boleh dikatakan semua aspek asas senireka dapat kita lihat di dalam karya ini dengan jelas dan baik. Satu yang saya rasakan paling hebat pada setiap karya beliau adalah setiap inci anatomi figura yang dilukis dikaji dengan baik, dari segi bentuk ataupun fungsinya bagi menampakkan pergerakan anggota yang baik.

Thursday, September 18, 2008
Tahukah Anda?
Rupa-rupanya apa yang Sudin cakap dalam 'Bujang Lapok' tentang perkerjaannya si mat tahir "gosok gigi harimau" tu betul-betul bukan cobaan...hehehehehe
Lawak jugak ek!!!!
apa-apa pun itu satu sumber rezeki yang halal...
kalau tidak semua harimau dalam zoo tu semua gigi kuning :))
dah lah kuat makan daging takde orang nak gosokkan gigi pulak...
so jangan main-main perkerjaan itu sangat merbahaya...
harap maklum.
jangan tak percaya...sila klik untuk imej yang lebih besar.

Wednesday, September 17, 2008
Artist for today
Iman Maleki
seorang artis Tehran yang mengamalkan gaya realism dalam figura...mula melukis sejak berumur 15tahun lagi dan melanjutkan pelajaran ke universiti of Tehran dalam bidang seni grafik..
figura yang dihasilkan adalah sangat teliti...dan ketelitian tahap maksimum itulah yang menjadikan karya-karya beliau sangat hebat dan unik serta mempunyai nilai estetika yang begitu tinggi...cuba anda teliti setiap inci karya beliau yang sangat memukau seakan-akan hidup...
media pilihan beliau adalah soft pastel.
"realisme yang sangat real"
setiap karya yang dihasilkan dengan terperinci adalah sangat hebat...elemen itulah yang membuat sesebuah karya itu 'priceless'.

one of mine
t-shirt design
BWF logo proposal
A Garden View (charcoal drawing)
disebelah tu adalah charcoal drawing aku...
aku buat tahun 2005 dulu masa study di MPIK dulu.
Media arang atas boxboard
bersaiz A2...
teknik gosokan dan padam
melukis menggunakan arang ini adalah one of my favourite method sebab arang ni senang nak control dan mudah untuk diaplikasi...
dalam drawing ini aku cuba rakam pemandangan Taman Tasik Permaisuri di Cheras dengan mengaplikasikan unsur ruang perspektif satu titik lenyap( 1 point perspective)..
sekarang drawing aku ni dah jadi collection lecturer aku...
hmmmmmmm...nak kene buat lagi lah charcoal drawing ni
for my own colection...
you should try it sometimes and you'll enjoy it..
Tuesday, September 16, 2008
oil on canvas
Subscribe to:
Posts (Atom)