Thursday, August 27, 2009

Kajian Rekaan Seni Visual 2009

Akhirnya...selesai sudah projek kerja kursus seni visual untuk SPM tahun ni...
dan pada tahun ini sekolah kami memilih tajuk seni hiasan dalaman.
Hasilan pelajar saya tahun ini boleh dikatakan sangat membanggakan kerana mereka dapat menghasilkan model ruang rehat bilik audio visual dengan baik.
Diatas hasil usaha mereka yang gigih dan tekun saya ucapkan syabas...
semoga ianya dapat membantu anda dalam peperiksaan SPM nanti.Harapan saya jika ada yang berminat dalam seni rekaan hiasan dalaman ini, berusahalah dengan gigih kerana bidang ini telah terbukti menjanjikan landasan kerjaya yang sangat cerah..sebagai contoh Eric Leong yang telah berjaya membuka minda malaysia kepada seni hiasan dalaman hingga kini semua lapisan masyarakat di bandar mahupun di kampung mempunyai 'sense of art deco' dalam hiasan rumah mereka. Tetapi perlu diingat, segala idea hiasan atau susunan yang kita lihat di dalam tv bukan hanya sekadar idea estetika sahaja, semua pereka-pereka ini sangat mahir dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam unsur seni dan prinsip rekaan yang menjadi asas kepada seni itu sendiri. Asas ini lah yang cuba dipupuk oleh guru seni di sekolah untuk melahirkan masyarakat yang lebih berilmu dan hamoni.
Disini ada beberapa contoh-contoh model hiasan dalaman kerja kursus pelajar SPM, walaupun tidak seberapa tetapi saya bangga kerana hasilan itu adalah kerja tangan pelajar saya sendiri dan untuk peringkat sekolah menengah ia dikira satu permulaan yang baik dalam seni hiasan dalaman.









Saturday, May 23, 2009

reka bentuk kereta 'RENDERING'



dalam video diatas adalah teknik bagaimana untuk sesuatu rekabentuk kereta di warnakan atau lebih dikenali sebagai 'rendering" harap anda dapat mencubanya...selamat mencuba

Monday, January 12, 2009

Vandalisme atau Graffiti







Assalamualaikum & salam sejahtera, kali ini cikgu nak berbicara sedikit tentang 'graffiti' yang sering disalah tafsir oleh masyarakat ataupun yang konon-kononnya ditiru oleh anak muda kita khususnya pelajar sekolah yang kononya pandai membuat 'graffiti' sebagai alasan bagi mereka menconteng dinding-dinding. Tidak dapat dinafikan yang graffiti ini adalah satu lagi pecahan seni aliran pop cuma bagi sesetengah pihak merasakan yang seni ini dilakukan di temat yang tidak sesuai kerana pelukis graffiti sering menterjemahkan hasil karya mereka di dinding awam sebagai kanvas yang besar dan oleh kerana itu ia digelar vadalisme, tetapi jika kita pandang dari sudut positifnya kita dapati yang pelukis graffiti ini adalah di kalangan mereka yang pandai melukis dan faham segala teori seni serta elemen-elemen yang diperlukan dalam menghasilkan sebuah karya kreatif dan menarik. Kalau kita amati betul-betul hasil karya mereka ini cukup sifatnya dari segi pemilihan warna, bentuk,ruang, imbangan dan lain-lain, menunjukkan ketelitian dan kesungguhan seseorang dalam menghasilkan karya seni yang baik tidak seperti contengan yang dihasilkan oleh para pelajar kita yang memenuhi ruang tandas sekolah serta pondok-pondok bas yang kononnya dibangga-banggakan oleh mereka seolah-olah telah menghasilkan graffiti lah kononya...di sini cikgu ingin menasihatkan para pelajar agar jangan kita perasan yang kita ni kreatif menghasilkan graffiti kalau setakat menconteng nama guru disiplin yang menjalankan tugas mengambil tindakan terhadap kita kerana bagi cikgu seorang pelukis graffiti bukan main hentam je dalam menghasilkan lukisan graffitinya tetapi mereka penuh dengan ilmu dan idea serta elemen seni yang ditunjukkan adalah jelas sebab itu ia boleh dipanggil hasil karya berbeza dengan kita yang hanya pandai menconteng sahaja...terpulang kepada kita untuk menilai hasil seni ini...adakah ia Vandalisme atau Graffiti?