Friday, September 19, 2008

Karya Pelukis Malaysia

Abdullah Ariff (1904-1962)
Dilahirkan pada tahun 1904 di Pulau Pinang. Beliau pernah menjadi guru seni lukis di Sekolah Anglo-Chinese dan Sekolah Penang Free, Pulau Pinang. Beliau diterima sebagai guru dalam kumpulan 'Penang Impressionist'. Karya - karya beliau dikagumi oleh orang british pada ketika itu. diantara karya-karya beliau yang terkenal seperti 'Bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya(1960) Coconut Plantation-Dawn(1948)' dan lain-lain lagi, karya-karya beliau sehingga hari ini masih dikagumi dan banyak digunakan sebagai rujukan pelukis-pelukis muda yang ingin mendalami seni catan air, Abdullah Ariff pada zamannya banyak menghasilkan catan air yang bertemakan lanskap tanahair...dan cuba menggambarkan suasana tempatan yang damai. Beliau bersama-sama Yong Mun Sen seorang lagi tokoh pelukis awal malaysia memajukan bidang seni lukis di Pulau Pinang. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1945 dan bekerja sebagai pelukis kartun di akhbar 'The Straits Echo'. Kini karya-karya beliau masih disimpan sebagai himpunan koleksi tetap Balai Seni Lukis Negara.



Amron Omar, satu lagi nama yang tidak asing dalam dunia seni tanahair...beliau yang terkenal dengan karya-karya figura yang realistik dan hebat...melanjutkan pengajian di Institut Teknologi Mara, Amron Omar merupakan salah seorang pelukis figura yang terbaik di asia...kebanyakan karya-karya beliau menggunaka bahan cat minyak di atas permukaan kanvas.Karya figuranya yang amat teliti sering menarik perhatian sehinggakan ada cerita-cerita mistik yang dikaitkan dengan karya beliau seperti ada yang pernah melihat lukisan figuranya seperti bernyawa dan hidup pada waktu malam...karya belau yang terkenal adalah seperti 'pertarungan' dimana memaparkan 2 figura lelaki yang sedang bersilat cukup lengkap sifat manusianya sehinggakan menampakkan otot-otot serta pergerakan anggota yang jelas...satu lagi karya beliau yang menjadi simpanan tetap Balai Seni Lukis Negara ialah karya yang bertajuk 'Potret Diri' yang menggunakan cat minyak di atas kanvas menggambarkan seorang pemuda yang tidak berbaju dan hanya memakai kain pelekat sedang duduk di atas kerusi rehat rotan.

Catan 'Potret Diri' adalah catan realisme yang dihasilkan dengan begitu teliti dari segi pewarnaan, kadar banding dan pencahayaan yang baik. Boleh dikatakan semua aspek asas senireka dapat kita lihat di dalam karya ini dengan jelas dan baik. Satu yang saya rasakan paling hebat pada setiap karya beliau adalah setiap inci anatomi figura yang dilukis dikaji dengan baik, dari segi bentuk ataupun fungsinya bagi menampakkan pergerakan anggota yang baik.

7 comments:

safifdesign@yahoo.com said...

salam..boleh x saya nak dapatkan maklumat tentang kritikan karya amron omar-pertarungan (1989) .harap cikgu dapat membantu. tq (urgent)

safifdesign@yahoo.com said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

pelukis hebat...sungguh kagum dgn kebolehan ini, saya masih merangkak

Unknown said...

assalamualaikum , maafkan saya , kalau tidak keberatan , bolehkah anda update biografi Amron Omar ?

Unknown said...

Mcm mana nak buat kritikan .tlong bntu .tq !

Unknown said...

Maksud saya kritikan melalui deskripsi melalui hasil karya abdullah ariff yang brtajuk bumi bahagia ? Mohon bantu ? Trma kshh

Unknown said...

Terima kasih🖒